Aplikasi akan dibuat. iv. Persembahan data GIS bertindak sebagai

Aplikasi
web GIS adalah salah satu medium GIS dalam menyampaikan maklumat dan memaparkan
peta digital yang berkualiti di samping dapat melakukan analisis spatial. Ia
mudah digunakan dan juga senang untuk berkomunikasi dengan pengguna yang lain.
Di peringkat global, teknologi GIS telah berkembang dan telah digunapakai dalam
menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Oleh itu, penggunaan GIS dalam
teknologi pemetaan web bagi menyampaikan maklumat kepada pengguna adalah lebih
berkesan dan interaktif.

 

Kegunaan
aplikasi GIS dalam pemetaan web boleh dilihat dari sistem GIS iaitu dari segi
kemasukan data, pengurusan, analisis dan persembahan data.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

       
i.           
Kemasukan Data

Jenis
data yang dimasukkan adalah seperti data spatial dan data atribut. Ia merupakan
prosedur dalam penukaran format data ke dalam data yang bersesuaian dengan
Sistem Maklumat Geografi.

 

      ii.           
Pengurusan

Data
dapat digunakan untuk pengolahan, analisis dan pemaparan dalam ruang stor.
Dengan penggunaan GIS, data menjadi lebih mudah untuk diuruskan dan pangkalan
data yang ada akan meningkatkan lagi pencapaian atau perolehan maklumat yang
dikehendaki.

 

    iii.           
Analisis

Pelbagai
operasi analisis GIS dapat digunakan untuk dipaparkan dalam peta web yang telah
dibangunkan. Antara analisis yang boleh digunakan adalah:

 

·        
Set pertanyaan mudah

Set ini digunakan untuk memaparkan
grafik mengenai sesuatu kawasan.

 

·        
Pertanyaan data spatial dan atribut

GIS mampu membuat pertanyaan
berdasarkan hubungan spatial dan juga hubungan atribut. Paparan spatial dan
atribut akan ditunjukkan berdasarkan pertanyaan yang akan dibuat.

 

    iv.           
Persembahan data

GIS
bertindak sebagai suatu aplikasi kawalan berpusat di mana ia mengandungi
pelbagai maklumat yang telah dimasukkan ke dalam peta web. Data-data yang telah
diproses akan dmasukkan dalam peta web untuk di paparkan dalam bentuk peta
kepada pengguna.